Profail Syarikat Habiumi Resources Sdn. Bhd.
Syarikat Habiumi Resources Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Protocol Consultant - Pakar Runding dan Etiket Sosial) telah didaftarkan pada 17 Oktober 2005 dengan nombor pendaftaran 712845A. Habiumi Resources Sdn. Bhd. adalah syarikat yang membekalkan tenaga pengajar dengan cara mengadakan kursus-kursus yang berkaitan Protokol dan Etiket Sosial secara 'in-house' dan juga terbuka kepada umum.
Antara kursus-kursus yang dikendalikan Habiumi Resources ialah Kursus Protokol dan Etiket Sosial dalam Pengurusan dan Menghadiri Majlis, Kursus Pengacaraan Majlis, Kursus Pengurusan Majlis (Event Management), dan Kursus Bengkel Kefahaman Skim Pencen.
Pengarah dan konsultan utama bagi Habiumi Resources Sdn. Bhd. ini ialah Tuan Haji Moktar bin Mohd Tohar, yang merupakan bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Beliau telah berkidmat dengan kerajaan selama 35 tahun dalam pelbagai bidang dan jabatan. Jawatan terakhir beliau di dalam kerajaan adalah sebagai Penolong Setiausaha di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Beliau menjadi perunding dan penceramah bagi Kursus Protokol dan Etiket Sosial dalam Pengurusan dan Menghadiri Majlis dan juga Kursus Pengurusan Majlis.
Konsultan / penceramah lain di dalam Habiumi Resources Sdn. Bhd. adalah Tuan Haji Muhammad Saleh bin Montel, Encik Asa'ari bin Mat Noh dan juga Tuan Haji Ayob bin Mokhtar. Haji Muhammad Salleh bin Montel merupakan seorang Pengamal Pengacara peringkat Antarabangsa, Kementerian, Jabatan dan Swasta, dan bepengalaman luas di dalam bidang pengacaraan majlis. Kursus di bawah kendalian beliau adalah Kursus Pengacaraan Majlis. Encik Asa'ari bin Mat Noh adalah mantan Pengarah Radio IKIM. Manakala Haji Ayob bin Mokhtar pula mengendalikan Kursus Bengkel Kefahaman Skim Pencen. Beliau merupakan pesara Kerajaan, pernah bertugas sebagai pegawai latihan dalam bidang pengurusan pencen dan kini menjadi seorang usahawan Bumiputera.
Antara klien-klien yang sering mendapatkan khidmat daripada syarikat Habiumi Resources adalah dari Jabatan-jabatan di bawah Kementerian, badan-badan berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, institusi pengajian tinggi dan juga syarikat swasta.